Saturday, February 27, 2016

Check in di Homestay Geliga Wawasan then bersosial di Kemaman Idaman

Selamat datang ke Homestay Geliga Wawasan, Kemaman




Takde idea sangat nak tulis panjang2. Tiba2 terbaca promo kawan/sedara punya homestay. Dengan keizinan Penulis asal, maka tercopy tersengaja la promo ni dengan sedikikt ubah suai ikut acuan sendiri. Gambar memang tak edit langsung pakai je yang dia punya termasuk model anaknya tu….Thank you Hamka Kereta Mayat. Hamka ni pengarang buku …Banyak buku yang dia karang…Kisah Laki Bini, Semusim Di Syurga, Semusim Di Neraka, Permata yang Hilang Kini Dijumpai dan sebagainya. Dia pun ada buat homestay jugak. Woha Homestay. Kita orang ada grup wassap homestay. Sama-sama pakat sharing. Kita punya konsep takda ambik percent…just ambik saham akhirat. Rezekikan milik Allah…..
  
Ok mari kita pakat tengok kat mana tuan puan boleh bersosial jika cek in homestay Geliga Wawasan……

Homestay Geliga Wawasan ni dekat la degan pintu gerbang sempadan Pahang Terengganu (lebih kurang 800m), jika anda susur keluar pintu gerbang, maka akan terlihat di sebelah kiri gerai-gerai menjual hasil laut yang segar dan baru di proses seperti keropok lekor, keropok goreng, otak-otak, satar, sotong kering dan lain-lain.


Lori Kotor tak boleh masuk Terengganu!

Teruskan lagi perjalanan ke arah Kuantan, lebih kurang 1.5 km,  anda akan sampai ke Pantai Chendor.  Selamat melihat matahari terbit dari ufuk laut. Di sini, anda boleh bawak anak bini main pasir, main air, dan makan angin sebab laut cina selatan anginnya sedap di ‘makan’, (punch line tak sampai, hu hu hu),

Teruskan lagi perjalan arah kuantan, 4km dari Homestay kami, anda boleh jumpa restoran masakan ibu, masakan pagi sedap, masakan campur waktu tengah hari pun sedap, makan malam pun sedap, nak rasa selera timur, sinilah tempat cadangan kami. tukang masak orang Kelantan, kedai di Pahang, homestay di Terengganu, cukup pekej pantai timur!

(sedap ni subjektif-ikut tekak orang lah, hu.hu..)

Ok teruskan lagi perjalanan anda, dalam 9 km, boleh jumpa Pusat Ternakan Penyu, bab kata salim Iklim: ‘kita tengok penyu telor!”, dekat dengan club med, 

Adik ni nak ajak tengok penyu ke? nak jual buku? Tengah promote buku Bapak dia tu....

dan teruskan lagi, jarak 11km dari homestay, tibalah di pantai Cherating yang terkenal dengan pantainya yang indah, dan -sila google sendiri- okey,

Pantai Cherating yang luas kawasan tanahnya

Dah jauh berjalan ke sempadan Pahang, patah balik, patah balik!, dan mahukah anda nikmati satar paling terkenal di kemaman?, singgahlah di Restoran Aziz Satar, hanya 1km dari homestay kami, area situ juga ada jual cengkerang, kuda laut dan pelbagai lagi, orang memang ramai dan jika malas nak tunggu, area situ memang banyak kedai lain, boleh pusing pusing cari. jika teruskan perjalan di hadapan Gerai Aziz Satar tadi, dalam 1.5 km, nampak masjid hijau,  belok kiri, kat sini ada restoran best. namanya, Restoran Selera Kampung, tepi sungai, parking luas dan free, serta ada sotong, udang dan budu, perghhhh. jarak dari homestay kami 3.5 km sahaja.

Sebelum Gerai Aziz Satar, ada kedai jual benda alah ni

Jenuh tunggu kereta takde untuk ambik gambar, selalu ada orang datang parking-Gerai Aziz Satar


Depan surau ni seberang jalan tepi sungai ada Restoran selera kampung

menu tahun 2015


Tempat parking yang luas-Selera Kampung

Keluar balik simpang tadi, ambil kiri korang akan tiba di pelabuhan  kuala kemaman. inilah tempat lagu iklim cakap,

takak ikang di kuala kemamang,
petang petang buat krepok geter,
ramai orang atah gere
maing dang dua tiga papang
dok sedor sapa ke malang
kedai payang jual budu belacang
batik tembaga dang macang macang!.”
Menyanyilah pulak, adohai.

Pandangan jeti semasa matahari terbenam

Pandangan udara Kuala Kemaman semasa Perarakan Bot Terbesar Di Dunia


Patah balik dari Kuala Kemaman, dari homestay kami akan tibalah anda ke pantai teluk Mak Nik atau Monica Bay. Dekat dengan dengan institut tadbiran awam malaysia (INTAN) kat sini selain pantai yang cantik, ada trak lumba untuk geng motor katanya, pernah geng motor dari KL bermalam di homestay kami sebab nak rasa gelanggang rider dekat pantai ini, so jika korang ada motor kuasa tinggi, boleh test power kat sini, kemudahan lain di sini adalah  wakaf, kiosk perniagaan, tandas awam dan taman permainan kanak-kanak serta  tempat sukan, di sini memang menjadi tumpuan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah.  Pokoknya banyak yang berdaun rendang, jika bawa tikar lepak sambil makan keropok, memang rare!

Di khabarkan, pantai Teluk Mak Nik juga merupakan lokasi tumpuan penyu bertelur bermula dari mac hingga oktober. spesies penyu yang biasa naik ke Pantai Teluk Mak Nik ialah Penyu Ikon Ninja Turtles, iatu penyu agar atau dikenali 'green turtle'. Kat sini juga boleh mencuba otok-otok, sata dan keropok, makanan terengganu yang kaya dengan ikan.

Terdapat pondok rehat di Pantai Teluk Mak Nik aka Monica Bay

Ok, nak ke mana pulak Tuan Puan? Eh? jangan korang tak percaya di Kemaman Darul Iman ada Panggung Wayang, Bowling, dan Karaoke, agak jauh dari Homestay kami iatu 32 km menghala ke Kuala Terengganu, semuanya bertempat dalam Mesra Mall, dah dekat dengan Kerteh tempat pelantar minyak yang cantik pemandangan kilang bersama lambakan cahaya api seperti pesta lilin gergasi di waktu malam.

Mesra Mall

Kompleks Petroleum di Kerteh

Dekat mesra mall ada macam macam kiosk barang-barang berjenama untuk membeli belah, sebelum sampai sana, iaitu 30km dari homestay kami, anda boleh singgah di pasaraya Giant. dan sebelum pasara raya Giant tu, lebih kurang 25 km dari homestay kami, adalah tempat tersohor menjual lemang di terengganu, orang sini panggil “lemang kijal”, rm10 4 batang, guna dialek tempatan, boleh dapat, hihi.

“nok lemang sepuluh rial pak batang!”

Gerai Lemang Kijal

 Loghat macam tu password dia.  undur lagi dari situ, nampak kilang besi besar macam perwaja, lepas tu masuk ikut KSB, dan boleh singgah ke pantai telaga simpul, makan tengah hari masakan panas tepi teluk dengan pandangan laut dan angin yang sempoi Bahasa loghat terengganung, indah sungguh, sini juga ada kedai runcit, wakaf dan taman permainan kanak-kanak, bawak tikar lepak bawah pokok pun best sebab sini pokoknya besar dan berdaun rendang, tandas awam juga ada di sini. jarak dari homestay kami ke sini adalah 24km.

Pantai Telaga Simpul

Patah balik, dah jauh sangat tu, tiba kembali ke Kemaman, dan boleh tanya orang di mana zoo kemaman yang ada harimau, zirafah dan binatang liar yang lain, boleh tanya orang ramai jugak jika nak tengok kunang kunang (kelip-kelip) waktu magrib yang tak jauh dari Zoo Kemaman. Tapi jangan pergi waktu malam mengambang kerana bulan terang, jadi kelip-kelip tidak banyak yang keluar. cahaya merupakan gangguan kepada mereka termasuklah asap. nak tahu jantina kelip-kelip, tengok keterangan cahayanya. kerlipan jantan lebih terang berbanding betina tetapi cahaya yang paling terang itu datangnya daripada dua kelip-kelip yang sedang mengawan. Now you know. selepas proses mengawan, kelip-kelip jantan akan mati manakala sang betina mati selepas bertelur. sebelum berubah menjadi kelip-kelip dewasa, ia perlu melalui tiga kitaran bermula daripada telur, larva dan pulpa. proses ini memakan masa selama tiga bulan tetapi selepas menjadi dewasa, ia hanya boleh hidup selama 10 hari.life like this,

Zoo Kemaman


Yak Yah (tempat tengok kelip-kelip)

Lupakan kelip kelip, kembali ke pantai Mok Nik, jika ada rezeki, boleh tengok penyu naik untuk bertelur sebanyak lapan hingga 10 kali dalam setahun. Tapi penyu adalah sangat sensitif terhadap pergerakan. Sebab itu sebelum ia naik ke darat untuk bertelur, ia akan meninjau dahulu kawasan yang ingin dinaiki. walaupun telah separuh perjalanan di atas pasir pantai, penyu tidak teragak-agak untuk berpatah balik ke dalam air jika terlihat pergerakan yang mencurigakan. cahaya lampu suluh juga telah ditetapkan (rujuk Ranger penunjuk jalan) ketika melihat penyu bertelur. Paling penting adalah untuk tidak berdiri di depan muka penyu ketika bertelur. ia akan mengganggu kelancaran bertelur, malah boleh membuatkan penyu ‘merajuk’ dan tidak mahu kembali ke pantai yang sama. now you know again.

Penyu "Telor" di Teluk Mak Nik

Habiskan trip lawatan ini kerana penyu sedang menangis, terima kasih datang ke Homestay kami…..


No comments:

Post a Comment